Cari @ Amanz

Cip Qualcomm Snapdragon 888 Diumumkan Dengan GPU 35% Lebih Berkuasa

Link Copied!

Di persidangan Snapdragon Summit 2020 sedang berlangsung di secara atas talian pagi ini, Qualcomm akhirnya membuka tirai untuk pemproses terkini mereka iaitu Snapdragon 888. Cip kelas mercu ini akan menjadi enjin kepada peranti-peranti Android dengan sokongan 5G pada tahun 2021 kelak dan adalah yang terawal dari Qualcomm menggunakan teknologi 5nm.

Maklumat terperinci mengenai CPU, dan GPU cip masih belum didedahkan pada waktu ini. Yang pasti ialah ia pastinya akan membawakan peningkatan berbanding Snapdragon 865+ yang dilancarkan pertengahan tahun ini. Dengan modem Snapdragon X60, cip Snapdragon 888 menyokong rangkaian 5G Sub 6GHz dan juga mmwave untuk membolehkannya digunakan di peringkat global.

Selain itu ia dengan teknologi Snapdragon Elite Gaming generasi ketiga, kemampuan GPU dikatakan meningkat sehingga 35% berbanding generasi terdahulu. Sementara itu penambahbaikan pada kemampuan kecerdasan buatan serta ISP turut diberikan. Menurut Qualcomm, ISP terkini mampu mengambil gambar pada kadar 2.7 Gigapixel per saat atau bersamaan dengan 120 gambar 12 Megapixel dalam masa sesaat.

Di dalam majlis yang sama Asus, Black Shark, LG, Meizu, Motorola, Nubia., OnePlus, Oppo, Realme, Sharp, Vivo, Xiaomi dan ZTE disahkan akan menghasilkan peranti menggunakan cip Snapdragon 888. Malahan menerusi ciapan rasmi sebentar tadi, Xiaomi Mi 11 adalah peranti pertama yang akan dipasarkan dengan cip Snapdragon 888 kelak tetapi tarikh pelancarannya masih belum diketahui.


Komen ()