Following Fan Mengikut Pergerakan Anda Secara Automatik Untuk Sentiasa Sejuk

Diterbitkan pada Dis 2, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kipas angin elektrik telah wujud sejak 1882. Sejak itu juga berbilion pengguna perlu mengubah arah kepala kipas secara manual untuk memastikan angin ditiup ke arah tubuh secara manual. Tetapi kini Following Fan telah wujud dan ia dilengkapi teknologi yang membolehkan angin ditiup menghala ke tubuh dengan tepat secara automatik.

Pada bahagian hadapannya terdapat sebuah kamera yang dipadankan dengan algoritma untuk mengesan kedudukan manusia di hadapannya. Ia kemudian mengawal sudut kepala kipas ke kiri atau ke kanan untuk memastikan subjek sentiasa ditiup angin. Kamera yang sama akan mematikan kipas apabila mengesan tiada manusia dapat dilihat untuk penjimatan tenaga.

Turut disertakan ialah mod pegun dan pergerakan normal yang wujud pada kipas biasa. Kipas juga dilengkapi tiga mod kawalan kelajuan, bilah sebesar 20 inci dan kepala yang bergerak pada sudut 135 darjah. Following Fan kini sedang mengumpul dana menerusi lama biayasama Kickstarter dan boleh dimiliki pada harga $199 (~RM809) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami