MagSafe Duo Charger Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM589
December 2, 2020
Apple
Effi Saharudin
Kesemua model iPhone 12 yang dipasarkan tahun ini menyokong sistem pengecasan MagSafe yang bersambung pada panel belakang secara magnetik. Antara aksesori yang dihasilkan ialah MagSafe Duo Charger yang bukan sahaja boleh mengecas iPhone tetapi juga Apple Watch secara serentak.

MagSafe Duo Charger kini akhirnya boleh dibeli di Malaysia pada harga RM589 sebuah. Jika pesanan dilakukan hari ini, ia akan tiba ke rumah dalam masa 2-3 minggu. Tidak seperti pengecas MagSafe lain, pengguna perlu membeli kepala pengecasan 27W untuk menikmati pengecasan degan kuasa maksimum 14W.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.