Cari @ Amanz

Salesforce yang sedia terkenal dengan penawaran perisian berasaskan awan untuk perusahaan, hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih Slack pada nilai mencapai $27.7 bilion, iaitu sekitar RM112.9 bilion.

Dengan pengambil-alihan ini, ia mengukuhkan lagi penawaran Salesforce, sekaligus membolehkan Slack diintegrasikan dalam penawaran mereka untuk perusahaan.

Bagi yang tidak mengenali akan Slack, ia merupakan salah satu perisian yang digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, selain menyertakan sejumlah integrasi di dalamnya.

Pada tahun ini, dengan Perintah Kawalan Pergerakan, permintaan untuk perisian memfokuskan komunikasi secara atas-talian meningkat – dan Slack merupakan antara penyedia yang boleh bersaing dengan Microsoft Teams dan beberapa yang lain.

Pengambil-alihan Slack juga turut membolehkan Salesforce terus bersaing dengan Microsoft untuk penawaran perusahaan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd