WaveApps Kini Tidak Membenarkan Pendaftaran Akaun Baru Untuk Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Dis 2, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WaveApps merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna dengan perniagaan kecil dan sederhana untuk menghasilkan invois mereka tersendiri. Ia ditawarkan secara percuma sehingga kini untuk semua, tetapi bermula Disember ini, perkara berkenaan berubah.

Melalui kemaskini baru, pembangunnya mengumumkan yang mana kini pendaftaran akaun baru untuk Wave diterhadkan kepada pengguna dari Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.

Selain pendaftaran akaun baru, Wave juga kini turut menamatkan sokongan untuk pengguna dari negara-negara selain Amerika Syarikat dan Kanada.

Walaupun pengguna sedia ada boleh terus menggunakan perkhidmatan berkenaan, namun, dengan ketiadaan sokongan khidmat pelanggan – dan beberapa ciri yang dihadkan, mungkin kita akan melihat ramai beralih ke beberapa perkhidmatan lain bergerak kehadapan.

Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan WaveApps? Adakah anda akan kekal menggunakannya atau beralih ke perkhidmatan lain?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami