Samsung Galaxy S21 Dilaporkan Akan Dijual Pada Harga Lebih Murah Dari Galaxy S20

Samsung Galaxy S21 Dilaporkan Akan Dijual Pada Harga Lebih Murah Dari Galaxy S20

Diterbitkan pada Dis 2, 2020 oleh .

Samsung Galaxy S21 adalah peranti mercu Samsung pada tahun 2021 yang akan menggantikan Galaxy S20. Peranti ini mungkin akan hadir dengan dua variasi, iaitu yang dijana dengan Snapdragon 888 dan Exynos 2100. Peranti ini juga mungkin akan hadir dengan sokongan S-Pen. Buat pertama kalinya juga, peranti ini akan dilancarkan lebih awal dari biasa.

Terkini menurut SamMobile, Galaxy S21 akan dijual lebih murah dari Galaxy S20. Galaxy S21 mungkin akan ditawarkan pada harga antara $849 – $899 berbanding $999, Galaxy S21+ pula akan ditawarkan pada harga antara $1049 – $1099. Akhir sekali, Galaxy S21 Ultra mungkin akan menerima penurunan dari $1399 kepada $1249 – $1299.

Jika kita bandingkan dengan harga pasaran tempatan, harga di Malaysia sentiasa lebih murah dari Amerika Syarikat. Galaxy S20 dijual pada harga RM3599 (~RM469 lebih murah), Galaxy S20+ pula RM3999 (~RM884 lebih murah) dan Galaxy S20 Ultra pula adalah RM4999 (~RM698 lebih murah). Jika kita mengikut trend harga ini, Galaxy S21 mungkin akan dijual di Malaysia pada harga seperti berikut;

Galaxy S21: RM2987 – RM3191
Galaxy S21+: RM3387 – RM3591
Galaxy S21 Ultra: RM4387 – RM4591

Turut kedengaran sebelum ini adalah, Galaxy Z Fold3 mungkin dijual pada harga yang sama dengan Galaxy Z Fold2. Dengan penawaran seperti ini, ramai orang akan lebih yakin dan ingin memiliki sebuah peranti Galaxy. Apa-apa pun, ia masih lagi uraa-ura dan sama-sama kita nantikan tahun hadapan.


Paling Popular