Netflix Menyasarkan Menggandakan Perbelanjaan Untuk Penghasilan Kandungan Asli Di Asia Pada 2021

Netflix Menyasarkan Menggandakan Perbelanjaan Untuk Penghasilan Kandungan Asli Di Asia Pada 2021

Diterbitkan pada Dis 2, 2020 oleh .

Dengan persaingan sengit dalam arena penstriman video, kini Netflix dilaporkan ingin menggandakan perbelanjaan untuk menghasilkan kandungan asli di rantau Asia pada tahun 2021 akan datang.

Buat masa ini, penghasilan kandungan asli khusus untuk Netflix di rantau Asia masih terhad. Salah satu siri drama eksklusif Netflix yang popular adalah Kingdom dari Korea Selatan.

Dengan menggandakan perbelanjaan untuk kandungan asli di rantau ini, secara tidak langsung Netflix dilihat ingin bersaing dengan aktif bersama beberapa syarikat lain di rantau ini. Antara yang turut memfokuskan rantau Asia adalah termasuk iQiyi dari China, selain Disney yang turut merancang untuk memperluaskan penawaran untuk rantau Asia.

Mengikut beberapa penganalisa hari ini, ia dikatakan pendapatan dari perkhidmatan penstriman (tidak termasuk China) dijangka akan mencapai $15 bilion menjelang 2025 kelak. Pada suku kewangan yang lepas sendiri, kita telah melihat Netflix menambah angka pengguna yang ramai dari rantau Asia Pasifik.

Pada hari ini, Netflix dijangka mempunyai sekitar 23.5 juta pelanggan di rantau Asia Pasifik.


Paling Popular