Qualcomm Bekerjasama Dengan Honor – Peranti Snapdragon 888 Mungkin Diperkenalkan?

Diterbitkan pada Dis 2, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor V40 adalah peranti mercu terbaru dari Honor. Pada awalnya ia dilaporkan akan dijana dengan cip Kirin 9000 yang sama digunakan pada Huawei Mate 40 Pro. Tetapi selepas diambil alih dan Honor menjadi syarikat tersendiri ia dilaporkan tidak akan menggunakan cip ini dan mungkin akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 1000+.

Bukan itu sahaja, peranti Honor V40 turut ditunda dan tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Honor dilaporkan akan hadir dengan siri Honor V40 dan Honor 40 dan hanya akan dilancarkan pada tahun 2021. Selepas Qualcomm melancarkan Snapdragon 888 malam tadi, mereka turut menyatakan yang gembira dengan kehadiran jenama baru (Honor) dan akan bekerjsama dengan Honor. Bukan itu sahaja, Qualcomm turut berharap yang Honor akan hadir dengan produk-produk yang bagus.

Dengan tangguhan pelancaran Honor V40, adalah ini bermakna akan ada variasi dijana dengan Snapdragon 888? Honor tidak lagi di bawah Huawei, jadi ini bermakna ia boleh berurusniaga dengan syarikat Amerika Syarikat tanpa sebarang masalah. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami