MediaTek MT6893 adalah antara cip terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Cip pemproses ini menggunakan rekaan 6nm dan mungkin adalah salah satu variasi baharu Dimensity. Cip ini juga dikatakan antara calon pilihan untuk digunakan pada Honor V40.

AnTuTu baru-baru ini telah berkongsi skor penanda aras bagi cip ini. Peranti yang digunakan adalah peranti prototaip dengan kod nama “alps”, memori adalah 8/256 GB dan menjalankan perisian Android 11. Skor bagi cip ini dilihat mencapai 622,409. Ini adalah skor yang sama dengan Snapdragon 865+ dan berada sedikit di bawah skor Apple A14 Bionic.
Cip ini menyokong memori LPDDR5, UFS 3.1, skrin 90Hz dan mempunyai kuasa 4 x Cortex-A78 CPU + 4 x Cortex-A55 CPU yang mencapai sehingga 3GHz. GPU pula adalah Mali-G77 MC9. Buat masa ini masih tidak pasti lagi bila cip ini akan dilancarkan dan peranti apa yang akan menggunakannya. Sama-sama kita nantikan.