11 November dan 12 Disember merupakan tarikh-tarikh yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai di rantau Asia kerana pada kedua-dua tarikh ini, pelbagai platform pembelian atas-talian akan hadir dengan diskaun-diskaun yang cukup besar sekali.

Untuk membantu kedua-dua pembeli dan juga pemilik perniagaan fizikal yang kini rata-rata tertekan akibat wabak COVID-19 yang mengurangkan kuasa pembelian dan penjualan orang ramai, Shopee hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan sejumlah perniagaan daripada pelbagai industri, termasuklah:
- Pusat membeli-belah: Lot10, Quill City Mall, Tropicana Gardens Mall, Gurney Paragon Mall dan Spring Mall
- Panggung wayang: TGV Cinemas dan MBO Cinemas
- Peruncit: FamilyMart, Padini, Pandora, Mydin dan Caring
- F&B: Starbucks, Coca-Cola, Gong Cha, Kenny Rogers Roasters, Tealive

Selain daripada penjualan barang melalui gedung atas-talian Shopee, perniagaan=perniagaan yang mempunyai kedai-kedai fizikal seperti diatas boleh memberi pulangan tunai sebanyak RM8 kepada pembeli apabila pembayaran dibuat menggunakan dompet digital ShopeePay.
Bersempena dengan jualan Birthday Sale ini juga, Shopee akan memberi pengguna penghantaran percuma dengan setiap pembelian bernilai RM12 keatas bermula hari ini sehingga 12 Disember kelak, disamping produk-produk berharga RM1 setiap kali promosi Shocking Sale diperkenalkan.

Shopee juga memperkenalkan sebuah permainan baru yang dinamakan Shopee Kotak Duit dimana anda berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM12,000.
Ia akan ditayangkan menerusi Shopee Live setiap hari pada pukul 9.00pm dimana peminat Shopee bertuah akan berpeluang untuk membuka satu daripada enam kotak yang mengandungi nilai wang yang berbeza. Pada tayangan 11 dan 12 Disember, Shopee akan mengadakan acara Kotak Duit yang khas untuk para penonton.

Dalam pada itu, pada 11 Disember, Shopee turut akan mengadakan sebuah tayangan konsert percuma yang dibintangi artis-artis tempatan yang popular seperti Sheila Majid, Faizal Tahir, Ruffedge, Misha Omar, Khai Bahar, dan Dolla. Konsert ini akan ditayangkan melalui Shopee Live, Astro Ria, Astro Gempak dan juga laman YouTube Shopee.
Sepanjang konsert tersebut, orang ramai juga berpeluang memenangi sebanyak 12 juta Shopee Coin yang boleh digunakan di platform jual-beli tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara jualan Shopee Birthday Sale 12/12 ini, anda boleh ke laman web Shopee Malaysia.