Siri Oppo Reno5 Akan Dilancarkan Pada 10 Disember Ini

Siri Oppo Reno5 Akan Dilancarkan Pada 10 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 2, 2020 oleh .

Oppo dilihat dalam perancangan untuk mengadakan sebuah acara pelancaran produk pada 10 Disember ini. Ia berikutan tularnya satu entri yang dimuat naik oleh mereka menerusi laman Weibo, hari ini. Meskipun tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai produk, tetapi ramai menyasarkan mereka bakal memperkenalkan siri Oppo Reno5 pada acara berkenaan.

Setakat ini, pelbagai spekulasi mengenai peranti telah didengari. Ia termasuklah, Oppo dijangka memperkenalkan sekurang-kuranya tiga model berbeza iaitu Oppo Reno5, Oppo Reno5 Pro dan Oppo Reno5 Pro+. Pemproses yang digunakan juga dipercayai berbeza untuk ketiga-tiga peranti – antaranya seperti Snapdragon 865, Snapdragon 765G dan MediaTek Dimensity 1000+.

Selain itu, peranti ini juga dipercayai hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED, bateri 4,250mAh dan pengecasan pantas 65W. Di samping itu, ia juga dipercayai menggunakan teknologi serba baharu berbanding generasi sebelum ini.



Paling Popular