Microsoft Mula Mengedarkan Kemaskini Windows Feature Experience Pack Yang Pertama

Diterbitkan pada Dis 2, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang semua sedia maklum, Windows 10 adalah nama kekal bagi sistem operasi dari Microsoft ini. Segala kemaskini akan ditawarkan dalam bentuk nama khusus, seperti October Update, Fall Update dan banyak lagi. Terkini, Microsoft telah memperkenalkan kemaskini baharu yang digelar Windows Feature Experience Pack.

Windows Feature Experience Pack adalah pakej kemaskini kecil yang akan diedarkan secara berasingan dari kemaskini utama. Dalam kemaskini kecil ini, ia akan membawakan penambahbaikan kecil seperti ciri atau fungsi tambahan yang akan menambahkan lagi pengalaman penggunaan Windows 10 yang baik. Baru-baru ini, kemaskini pertama telah diedarkan – iaitu Windows Feature Experience Pack 120.2212.1070.0.

Windows Update

Dalam kemaskini ini, hanya ada dua perkara sahaja yang Microsoft bawakan. Satu adalah untuk Snipping Tool dan satu lagi adalah untuk papan kekunci sesentuh. Berikut adalah senarai log perubahan rasmi;

  • Berdasarkan maklum balas dari Insider, pengguna kini boleh melakukan tangkapan layar dengan menekan butang Win + Shift + S dan boleh terus tampal ke dalam fail untuk menyimpan hasil tangkapan layar.
  • Papan kekunci sesentuh dalam skrin pula, kini menyokong mod berpisah dalam bentuk menegak dan tidak terhad lagi kepada mod melintang.

Sebagai peringatan, kemaskini ini adalah untuk pengguna Beta sahaja dan bukannya untuk pengguna stabil. Dengan sistem kemaskini seperti ini, perkara kecil yang bermasalah boleh terus dibaiki tanpa perlu menunggu kemaskini versi penuh.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami