Elon Musk Menyasarkan Membawa Manusia Ke Marikh Dalam Empat Ke Enam Tahun Lagi

Elon Musk Menyasarkan Membawa Manusia Ke Marikh Dalam Empat Ke Enam Tahun Lagi

Diterbitkan pada Dis 2, 2020 oleh .

Elon Musk hari ini telah menerima anugerah Axel Springer pada hari ini, sekaligus berkongsi sejumlah perkembangan melalui temuramah khas. Pada temuramah berkenaan, Elon Musk turut berkongsi berkenaan dengan syarikat SpaceX dibawah beliau, dan berkaitan dengan eksplorasi angkasa.

Melalui temuramah tersebut, Elon Musk menyasarkan manusia boleh mendarat di Marikh dalam tempoh sekitar enam tahun lagi.

SpaceX dijangka membawa pesawat untuk ujian mendarat di Marikh dalam tempoh dua bulan lagi tanpa membawa sebarang manusia. Marikh dan Bumi akan berada dalam kedudukan selari di orbit setiap 26 bulan, dan sekiranya bertuah, perkara berkenaan akan membolehkan manusia mendarat di Marikh seawal empat tahun lagi berbanding perlu menantikan selama enam tahun.

Elon Musk sendiri turut mengatakan beliau berhasrat untuk dikebumikan di planet merah tersebut.


Paling Popular