Cari @ Amanz

Laporan DxOMark kini menerima kemaskini terbaru lagi – di mana, prestasi kamera utama untuk Samsung Galaxy Z Fold2 pula dikongsi. Peranti ini merupakan kesinambungan kepada Galaxy Fold. Kemudiannya, ditambahbaik dengan cip Snapdragon 865+ dan rangkaian 5G.

Ia juga menggunakan sistem tri-kamera dengan gabungan lensa 12-Megapixel. Dari segi prestasi, ia dilihat sekadar meraih skor keseluruhan sebanyak 109 mata. Sekaligus, memposisikan peranti ini setanding dengan iPhone 11 dan Huawei P20 Pro. Tetapi, setapak di hadapan OnePlus Nord. Melaluinya juga, ia berjaya mencatatkan 108 mata untuk keupayaan fotografi, 63 mata untuk keupayaan zum dan 102 mata pula untuk keupayaan video.

Pujian diberikan kepada kemampuan kamera menawarkan hasil gambar dengan pewarnaan yang baik, kadar exposure yang jitu, sistem imbangan putih yang konsisten dan penstabilan video memuaskan. Kritikan pula diberikan pada sistem autofokus yang tidak stabil dan perincian kurang memuaskan dalam keadaan tertentu.

Samsung Galaxy Z Fold2 5G ditawarkan pada harga RM7,999 di Malaysia. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai rasmi atas talian Samsung. Terdapat dua warna boleh dipilih iaitu Mystic Black dan Mystic Bronze.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd