Pada tahun ini, beberapa negara telah mula menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G, sekaligus membolehkan pengguna menikmati internet berkelajuan tinggi dengan kadar pendam masa rendah.
Terbaru, melalui laporan Ericsson, mereka mengatakan pasaran melihat pengenalan rangkaian 5G lebih pantas daripada yang dijangka. Ia disasarkan sekitar 1 bilion pengguna akan diliputi dengan rangkaian 5G menjelang penghujung tahun ini.
Ini sekaligus menjadikan pengenalan rangkaian 5G lebih pantas jikalau dibandingkan dengan pengenalan rangkaian 3G atau 4G sebelum ini.
Perkara ini juga mungkin dibantu dengan pengenalan sejumlah produk baru dengan sokongan rangkaian 5G – termasuk penawaran iPhone baru yang menawarkan sokongan rangkaian 5G berkenaan sendiri.
Apa pun, pengenalannya masih pada peringkat awal lagi. Di Malaysia, rangkaian 5G sedia pada peringkat ujian lagi, dan dijangka diperkenalkan kepada semua menjelang penghujugn 2022 atau awal 2023 kelak.