Realme Smart TV Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM899

Diterbitkan pada Dis 3, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Malaysia kini secara rasminya memperkenalkan televisyen pintar mereka untuk pasaran tempatan. Dikenali sebagai Realme Smart TV, ianya ditawarkan dalam dua saiz yang berbeza iaitu 43-inci dan 32-inci. Bagi yang berminat, Realme Smart TV 32″ dijual pada harga RM899. Sementara, Realme Smart TV 43″ pula berharga RM1,499.

Kedua-dua televisyen dilengkapi paparan berasaskan LED bersama binaan bezel yang nipis. Ia juga menyokong format HDR10 dan HLG. Seterusnya, ia dijana dengan cip pemproses empat-teras MediaTek 64-bit bersama padanan GPU Mali-470 MP3, memori 1GB RAM dan 8GB storan dalaman secara terbina. Di samping itu, ia juga menjalankan sistem operasi Android TV.

Realme Smart TV

Selain turut dilengkapi sistem pembesar suara empat unit dengan output 24W dan sokongan Dolby Audio. Ia turut disertakan dengan ciri Chroma Boost untuk pengalaman paparan lebih jelas dan cantik pada muka skrin. Satu alat kawalan jauh turut ditawarkan bagi menyediakan akses pantas untuk YouTube, Netflix dan Google Assistant.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami