Pada acara pelancaran sebentar tadi juga, Realme turut memperluaskan rangkaian peranti berhubung mereka untuk pengguna di Malaysia. Melaluinya, Realme Smart Cam 360°, Realme Sonic N1 Electric Toothbrush dan Realme Selfie Tripod telah diperkenalkan secara rasmi.
Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan Realme Smart Cam 360° pada harga RM199. Sementara, Realme Sonic N1 Electric Toothbrush dan Realme Selfie Tripod pula ditawarkan pada RM99.
Seperti biasa, anda juga boleh mendapatkan kesemua produk ini dengan harga lebih murah pada 12 Disember ini. Di mana, Realme Smart Cam 360° dijual pada RM149. Sementara, Realme Sonic N1 Electric Toothbrush dan Realme Selfie Tripod pula pada harga RM69.

Untuk spesifikasi, Realme Smart Cam 360° dilengkapi sokongan rakaman dengan kualiti tertinggi 1080p dan kebolehan berpusing sehingga 360 darjah. Dari segi rekaan, ia hadir dengan reka bentuk membulat bersama binaan jenis polikarbonat. Ia juga dilengkapi pemancar inframerah untuk membantu kamera berfungsi dalam gelap. Spesifikasi lain termasuk pengesanan pergerakan AI (menerusi 3 cara), pembesar suara dua hala untuk kebolehan panggilan jauh dan sokongan gimbal untuk kebolehan panorama lebih baik.

Menyentuh mengenai Realme N1 Sonic Electric Toothbrush pula. Berus gigi pintar ini dikuasakan oleh motor sonik canggih dan dilengkapi bulu anti-bakteria yang boleh digunakan sehingga 20,000 kali/minit. Selain itu, ia juga hadir dengan tiga mod pembersihan seperti Soft Mode, Clean Mode dan Polish Mode untuk pengalaman memberus gigi lebih baik. Seterusnya, ia juga disertakan bateri 800mAh (menerusi USB-C) dengan ketahanan beroperasi sehingga 130 hari. Selain turut menyokong penarafan kalis air IPX7.

Sementara, Realme Selfie Tripod pula hadir dengan tubuh jenis aluminium. Tubuhnya boleh dipanjangkan sehingga 60cm, selain disertakan butang khusus untuk kawalan pemegang yang boleh berpusing sehingga 360 darjah. Ia turut dilengkapi alat kawalan jauh berasaskan sambungan bluetooth.