SKMM Menyeru Pelajar Menggunakan Kemudahan Pusat Internet Komuniti Untuk Pembelajaran

SKMM Menyeru Pelajar Menggunakan Kemudahan Pusat Internet Komuniti Untuk Pembelajaran

Diterbitkan pada Dis 3, 2020 oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini menyeru para pelajar dalam menggunakan kemudahan di Pusat Internet Komuniti di seluruh negara dalam usaha mengikuti pembelajaran secara atas-talian, dan tidak membahayakan diri dalam mendapatkan liputan.

SKMM membuat seruan ini susulan laporan yang mengatakan masalah liputan lemah yang dihadapi pelajar, membuatkan beberapa kaedah diambil – termasuk mendirikan khemah di atas bukit dan sebagainya.

Pada hari ini, terdapat sekitar 873 Pusat Internet Komuniti di seluruh negara. Ia dilengkapi komputer, liputan wifi, dan juga ruangan yang lebih selesa untuk pembelajaran.

Apa pun, salah satu yang mungkin memberikan cabaran adalah lokasi Pusat Internet Komuniti yang sedikit jauh, dan sukar untuk dihadiri oleh para pelajar – membuatkan mereka mengambil beberapa kaedah alternatif untuknya.

SKMM turut mengatakan mereka turut mengambil beberapa langkah alternatif lain, termasuk menyediakan pemancar mini untuk telekomunikasi.



Paling Popular