Carian
FaceTime Kini Menyokong Panggilan Video 1080p Pada iPhone 8 Dan Ke Atas
December 3, 2020 • Fahim Zahar

FaceTime adalah perkhidmatan panggilan video dari Apple. Tidak kira apa jua sensor kamera swafoto FaceTime atau juga menggunakan kamera belakang – resolusi panggilan video ini kekal dengan 720p. Ini mungkin bagi memastikan sambungan yang stabil dan pantas, jadi resolusi terhad.

Terkini, iOS 14.2 sudah diedarkan dalam bentuk stabil. Apple secara senyap mengemaskini kemampuan FaceTime. iPhone 8 dan ke atas kini menerima naik taraf FaceTime dari 720p ke 1080p. Perbezaan kualiti juga dilihat banyak, berbanding antara dua resolusi ini. Jika sebelum ini wajah kelihatan lebih lembut, kini ia lebih banyak butiran dan terang.

Panggilan video 1080p sebelum ini terhad kepada iPhone 12 sahaja, menurut laman web Apple. Ini mungkin kerana sokongan 5G dan cip yang lebih baik. Terkini, peranti-peranti iPhone 8, X, XR, XS, SE, dan 11 disenaraikan menyokong panggilan video 1080p. Bagi pengguna iPhone yang lama ini, anda pasti akan gembira kerana walaupun sudah berusia – panggilan video masih lagi cantik dan menarik.

Komen