Cari @ Amanz

Jika anda seorang pengguna perkhidmatan penstriman Apple TV ataupun Apple TV+ dan menggunakan sebuah televisyen pintar Sony yang baru, kami ada berita baik untuk anda.

Bermula hari ini, Sony akan mula mengemaskini siri-siri televisyen pintar mereka untuk hadir dengan sokongan untuk perkhidmatan penstriman Apple TV, termasuklah untuk pasaran tempatan.

Menurut Sony Malaysia, kemaskini ini akan tiba untuk siri televisyen pintar Sony X90H terlebih dahulu, termasuklah televisyen Sony X9000H bermula hari ini.

Bergantung kepada model televisyen, mereka juga menyokong teknologi-teknologi Apple seperti AirPlay 2 dan juga HomeKit yang membolehkan anda menstrim kandungan daripada peranti Apple seperti iPad dan iPhone terus ke televisyen pintar.

Menurut Sony, kemaskini aplikasi Apple TV ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada televisyen-televisyen pintar mereka yang lain. Ia dilihat akan hadir pada kebanyakan televisyen pintar Sony yang dikeluarkan pada tahun 2019 dan sebahagian daripada televisyen-televisyen pintar yang dijual pada tahun 2018.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd