Baseus Hadir Dengan Pengecas MagSafe Tersendiri – Harga Sekitar RM68

Diterbitkan pada Dis 3, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MagSafe adalah pengecas bermagnet Apple yang terkenal. Ia mula digunakan pada MacBook, tetapi selepas MacBook hadir dengan USB-C – sokongan ini dihentikan. Semasa iPhone 12 dilancarkan, Apple mengembalikan MagSafe – kini dalam bentuk pengecsan nirwayar bermagnet pula.

Seperti semua sedia maklum, aksesori rasmi MagSafe dari Apple adalah mahal. Bermula dari RM139 dan mencapai sehingga RM589. Di China, banyak versi klon sudah dijual. Jenama besar lain seperti Belkin turut hadir dengan variasi tersendiri. Kini jenama yang ramai kenal dan produk-produknya dijual pada harga berpatutan – iaitu Baseus kini hadir dengan pengecas MagSafe tersendiri.

Baseus MagSafe Charger (BS-W517) adalah pengecas nirwayar bermagnet dengan kuasa 15W. Kerangkanya diperbuat dari aluminium dan permukaannya dilindungi dengan kaca. Kuasa input adalah 24W, menggunakan teknologi USB-PD dan juga Qualcomm QC 3.0. Ia menyokong kesemua iPhone 12 pada kuasa 15W, kecuali iPhone 12 Mini dengan kuasa 12W. Ia turut boleh mengecas pada kuasa 10W, 7.5W 5W, dan 2.5W. Pengecas ini menggunakan USB-C dan kabel yang disediakan adalah USB-A ke USB-C.

Baseus turut menyertakan lampu LED untuk indikasi pengecasan dan pengecas ini cukup pintar untuk mati dengan sendiri jika objek asing diletakkan di atas permukaan pengecas. Memandangkan ia menyokong pengecasan 15W, ini bermakna ia adalah MFi dan mungkin akan turut ada animasi pengecasan MagSafe dipaparkan ketika peranti sedang dicas.

Baseus tawarkan hitam, emas dan lutsinar. Ia dijual di China terlebih dahulu buat masa ini pada harga RMB 109, iaitu sekitar RM68. Ini adalah hampir 50% lebih murah dari MagSafe dari Apple sendiri.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami