60 Peratus Pengguna Telefon Pintar Lebih Memilih Peranti Dengan Empat Kamera

Diterbitkan pada Dis 3, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Android sudah lama hadir dengan peranti yang mempunyai lebih dari satu kamera. Antara yang terawal adalah HTC Evo 3D dan juga LG Optimus 3D. Lama kelamaan semakin banyak peranti hadir dengan dwi-kamera, kemudian peralihan masa dan perkembangan teknologi membolehkan penggunaan tri-kamera, kuad-kamera dan ada juga dengan penta kamera.

Dengan lebih banyak kamera, pelbagai mod gambar boleh diambil dan pengguna boleh lakukan pelbagai cara kreatif untuk memanfaatkan kamera-kamera pada peranti. Dahulu, peranti premium sahaja atau peranti mercu sahaja yang ada banyak kamera. Tetapi, kemudian ia hadir pada semua kelas peranti tidak kira kelas permulaan atau juga kelas pertengahan. Terkini, melalui kajian dari Omdia – sepanjang suku ketiga tahun 2020 mereka melaporkan yang peranti dengan kuad-kamera dilihat menjadi pilihan ramai.

Hampir mencapai 60% pasaran telefon pintar dalam tempoh ini dipegang oleh peranti dengan kuad-kamera. Antara yang menyumbang kepada pasaran ini adalah jenama Realme, kerana mereka sahaja yang sentiasa hadir dengan peranti multi-kamera. Xiaomi turut mendahului pasaran peranti seperti ini. Tiga daripada lima peranti mereka hadir dengan kuad-kamera dan lebih 80% mempunyai multi-kamera.

Walaupun sudah lama tiada peranti dengan satu kamera. Apple dilihat menyumbang kepada pasaran peranti dengan satu kamera dengan melancarkan iPhone SE 2020.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami