Lenovo Malaysia Menawarkan Promosi Menarik Bersempena Sambutan Hujung Tahun

Lenovo Malaysia Menawarkan Promosi Menarik Bersempena Sambutan Hujung Tahun

Diterbitkan pada Dis 4, 2020 oleh .

Musim cuti hujung tahun biasanya ialah masa dimana ramai orang akan membeli peranti-peranti baru, seperti peranti pintar dan juga komputer riba baru.

Lenovo Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa orang ramai boleh membeli komputer-komputer terpilih dengan harga promosi, dan menerima hadiah dan kupon yang boleh digunakan secara percuma.

Promosi ini bermula sekarang sehinggalah 31 Disember kelak, dimana selain daripada hadiah-hadiah percuma, setiap peranti yang dibeli sepanjang tempoh promosi ini akan dilindungi waranti Lenovo Premium Care selama dua tahun.

Bermula dengan Lenovo Yoga Slim 7i Carbon, komputer riba ini akan hadir dengan harga promosi bermula pada RM4399. Komputer riba boleh lipat ini, yang mempunyai paparan skrin bersaiz 13.3 inci dan rangka yang diperbuat daripada gentian karbon turut dikuasakan oleh CPU Intel Tiger Lake yang terbaru.

Setiap pembelian Lenovo Yoga Slim 7i Carbon sepanjang waktu promosi ini akan hadir dengan perisian Microsoft Office Home Student terbina, bersama-sama dengan satu kabel HDMI dan juga peranti berhubung Fitbit Inspire 2 yang bernilai RM1445.

Lenovo Yoga Slim 7i pula ialah sebuah komputer riba dengan paparan bersaiz 14 inci yang dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi ke-10yang menjanjikan prestasi perkomputeran yang cukup berkuasa didalam sebuah rekaan komputer yang nipis dan ringan.

Setiap pembelian komputer riba Lenovo Yoga Slim 7i ini, yang bermula pada harga promosi RM5099 akan datang dengan sebuah beg komputer riba Targus dan baucer digital bernilai RM150.

Lenovo IdeaPad Flex 5i ialah sebuah lagi komputer riba boleh lipat yang hadir dengan paparan 14 inci dengan resolusi Full HD. Ia turut dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi ke-10 yang cukup berkuasa.

Setiap pembelian komputer riba ini sepanjang waktu promosi ini, pada harga permulaan RM2599 akan menerima sebuah beg komputer riba Everyday Backpack secara percuma.

Beralih kepada siri gaming, komputer riba Lenovo Legion 7i yang dilengkapi paparan bersaiz 15.6 inci dengan CPU Intel Core i7 generasi kesepuluh dan juga kad grafik berkuasa keluaran NVIDIA boleh didapati pada harga RM7999.

Setiap pembelian komputer riba sepanjang tempoh promosi ini juga akan menerima sebuah beg Legion Gaming Backpack secara percuma.

Lenovo Legion 5Pi adalah sebuah lagi komputer riba gaming yang hadir dengan spesifikasi dalaman yang cukup berkuasa, menggabungkan komponen Intel generasi ke-10 dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX yang terkini.

Komputer riba ini boleh dibeli pada harga promosi permulaan RM6399 dimana setiap pembeliannya sepanjang waktu promosi ini akan hadir dengan sebuah beg Legion Gaming Backpack dan juga sebuah kod permainan komputer daripada Intel.

Menurut Lenovo Malaysia, promosi ini boleh didapati melalui kedai-kedai komputer fizikal yang menjual komputer-komputer riba Lenovo. Ketersediaan peranti-peranti yang dinyatakan ini adalah bergantung kepada sama ada mereka masih mempunyai stok untuknya.


Paling Popular