Cari @ Amanz

Apple iPhone 12 merupakan siri peranti terbaru yang dibawakan oleh Apple untuk pasaran, dan telah mula dijual sejak bulan November lepas di Malaysia.

Apa pun, akhir-akhir beberapa laporan hadir berkaitan peranti tersebut. Selain berkaitan penggunaan bateri, kini ia turut diperkatakan beberapa model iPhone 12 kehilangan sambungan rangkaian LTE dan 5G ketika digunakan.

Mengikut perkongsian pengguna, masalah sering berlaku apabila pengguna sedang bergerak dalam kenderaan, dan sambungan LTE atau 5G kehilangan. Kebanyakkan laporan yang hadir adalah di Amerika Syarikat.

Buat masa ini, sekiranya masalah berkenaan berlaku, pengguna boleh mengembalikan ia seperti biasa dengan aktifkan ciri “Airplane Mode”, dan matikannya kembali.

Bagi anda yang menggunakan iPhone 12, adakah anda turut menghadapi masalah sama?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd