Cari @ Amanz

Google Photos adalah aplikasi album gambar popular dari Google. Kebiasaannya, peranti-peranti Android dengan GMS akan hadir dengan Google Photos secara terbina. Aplikasi ini turut hadir dengan sokongan menyunting gambar dan juga storan awan untuk sandaran.

Terkini, Google Photos dilihat telah dikemaskini dengan sokongan menetapkan album gambar sebagai gambar latar hidup (Live Wallpaper) pada peranti Android pengguna. Fungsi ini dilihat hadir dalam Google Photos versi 5.22. Fungsi ini dilihat akan muncul dalam skrin utama peranti pengguna apabila memilih untuk menetapkan gambar latar. Dalam bahagian Live Wallpaper, akan ada pilihan Memories yang mana memaparkan gambar-gambar terpilih dari Google Photos sebagai pembentangan slide.

Buat masa ini, tiada pilihan untuk memilih album apa yang boleh digunakan sebagai gambar latar hidup. Ia masih lagi rawak. Kami telah menguji fungsi ini pada peranti Pixel 4 Xl dan ia dilihat berfungsi dengan baik. Cuma kami tidak gemar kerana tidak boleh memilih album.

Fungsi ini juga dilihat mirip dengan fungsi Google Assistant mod ambien yang muncul apabila peranti sedang dicas atau peranti Pixel apabila dicas pada Pixel Stand (tetapi fungsi ini boleh memilih album). Di Play Store, peranti Pixel 4 XL kami masih memaparkan versi 5.20. Jadi jika anda ingin cuba, muat turun fail APK di APKMirror.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd