Carian
Polis : Kerugian Sebanyak RM689k Dicatatkan Disebabkan Penipuan Platform Seperti “iShareFans”, “Like & Share” Dan Lain-Lain
December 3, 2020 Aman

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mengatakan sepanjang bulan Oktober 2020 sehingga November 2020 lepas, pihak Polis telah menerima sebanyak 46 laporan, dan telah membuka kertas siasatan terhadap beberapa sindiket atas-talian.

Sindiket ini melibatkan beberapa platform, termasuk Like & Share, iShareFans, Zan Zan Le, Test Fight dan juga QueQiaBao.

Menurut Polis, jumlah kerugian yang telah dicatatkan adalah sebanyak RM689,146.

Untuk makluman, melalui sindiket ini, ia menawarkan sebuah perkhidmatan yang memberikan tugasan berbentuk keperluan “Like” dan “Share” di laman sosial TikTok atau YouTube. Setiap tugasan “Like” dan “Share” duberikan bayaran RM1 yang melibatkan 20 kali “Like” dan “Share”.

Apa pun, untuk menambah keuntungan lebih tinggi, mangsa ditawarkan dengan pakej dengan nilai bayaran antara RM99 sehingga RM9999 untuk ke peringkat lebih tinggi. Kebanyakkan mangsa yang menaik-taraf telah mendapat keuntungan pada peringkat awal. Apa pun, mangsa sedar ditipu bila jumlah keuntungan yang dijanjikan tidak dapat dikeluarkan mangsa berkenaan.

Pihak Polis mengatakan mereka telah mengesan akaun bank melibatkan skim pelaburan ini, dan melakukan pemeriksaan ke atas premis Revorits.

Pihak Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan atas-talian dalam media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan tanpa perlu berusaha dan bersusah payah.

Komen