Cari @ Amanz

Google Street view mula memetakan jalan-jalan utama di seluruh dunia pada tahun 2007 dan di Malaysia pula sejak 2013. Selama ini imej diambil sendiri oleh Google menggunakan kereta, beca, motosikal, juruselam, kayak dan digendong oleh manusia. Hari ini Google akhirnya membenarkan orang ramai untuk merakam imej Street View kepada semua yang ingin menyumbang.

Menurut Google, sesiapa sahaja yang mempunyai telefon boleh merakam gambar untuk jalan-jalan yang sebelum ini tidak ditawarkan di dalam Street View. Gambar yang dirakam kemudian akan diproses menggunakan ARCore bagi mengubahnya menjadi imej yang boleh digunakan oleh Street View. Setakat ini Street View telah memproses 170 bilion imej dan jalan sepanjang 10 bilion batu.

Pada waktu ini ciri merakam Street View masih di peringkat Beta dan dibuka kepada pengguna di Toronto, Canada, New York, NY, Austin, TX, Nigeria, Indonesia dan Costa Rica terlebih dahulu. Juga ciri ini hanya boleh diakses pemikik peranti Android yang menyokong ARCore sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd