Carian
Xiaomi Mi 11 Dengan Snapdragon 888 Dijangka Dilancarkan Pada Disember 2020 Ini
December 4, 2020 Aman

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka pada penghujung Disember 2020 ini – sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar pertama yang dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 888.

Xiaomi Mi 11 ini dijangka akan menggunakan rekaan skrin melengkung pada kesemua sisi, dan dijangka menawarkan sokongan pengecasan pantas yang ditambah-baik, selain sokongan kamera dengan lensa berkuasa.

Buat masa ini, info penuh berkaitan telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar pertama menggunakan cip Snapdragon 888 ini tidak lama lagi.

Komen