Go Tab Diperkenalkan Untuk Google Maps – Akses Pintas Untuk Arahan Selok-Belok Lokasi Kegemaran

Go Tab Diperkenalkan Untuk Google Maps – Akses Pintas Untuk Arahan Selok-Belok Lokasi Kegemaran

Diterbitkan pada Dis 4, 2020 oleh .

Google Maps adalah aplikasi peta yang sangat popular di kalangan pengguna peranti Android. Google Maps mempunyai antaramuka yang mesra pengguna, mudah digunakan, padat dengan fungsi dan ciri menarik, aplikasi peta yang pintar dengan integrasi pembelajaran mesin dan pembantu digital dan banyak lagi.

Semalam, tab Explore mempunyai fungsi baru yang mana memaparkan kandungan dari komuniti. Kandungan seperti informasi mengenai sesebuah lokasi, restoran itu ramai orang atau tidak, sebuah kafe ini sesak atau tidak atau juga pendapat pengguna mengenai makanan di sesebuah gerai. Baru-baru ini, Google mengumumkan Go Tab pula. Ia adalah akses pintas untuk arahan selok-belok ke lokasi yang kerap di kunjung atau lokasi kegemaran.

Go Tab ini hadir sebaris dengan tab Explore, Commute, Saved, Contribute dan Updates. Pengguna sendiri juga boleh tetapkan arah selok-belok ke lokasi. Contohnya, tandakan lokasi rumah dan ingin ke pejabat – tetapi dalam perjalanan ingin ke kafe untuk sarapan, pengguna boleh tetapkan laluan ini sebagai laluan kegemaran. Kemudian pergi ke Go Tab terus tekan dan gerak.

Fungsi ini akan diedarkan kepada pengguna Android dan iOS dalam minggu-minggu yang akan datang. Sama-sama kita nantikan.


Paling Popular