Razer Hammerhead True Wireless Pro Dilancarkan Dengan Pembatalan Hingar Aktif

Razer Hammerhead True Wireless Pro Dilancarkan Dengan Pembatalan Hingar Aktif

Diterbitkan pada Dis 4, 2020 oleh .

Razer sebelum ini sedia hadir dengan set fon telinga nirwayar sendiri menerusi pengenalan Razer Hammerhead True Wireless. Ia dikatakan percubaan pertama yang baik. Bagaimanapun, ia tidak tidak terhenti di situ.

Sebaliknya, Razer kini memperkenalkan Razer Hammerhead True Wireless Pro pula yang mana bukan sekadar hadir dengan reka bentuk berbeza. Tetapi, ia juga mempunyai peningkatan lebih baik dari aspek spesifikasi.

Untuk variasi ini, rekaannya dilihat mengambil inspirasi daripada AirPods Pro. Razer Hammerhead True Wireless Pro dikatakan dilengkapi mod permainan lebih baik dengan masa pendam serendah 60ms melalui sambungan bluetooth 5.1. Selain itu, ia juga dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif dan dua buah mikrofon digunakan bagi memastikan hingar dapat ditapis dengan efektif.

Tiada maklumat khusus berkaitan sokongan bateri, tetapi ia dikatakan mampu beroperasi sehingga 20 jam dengan penggunaan pod pengecas. Spesifikasi lain termasuk penarafan rintangan air IPX4, pemandu audio bersaiz 10mm, sokongan audio THX dan sambungan USB-C. Fon telinga nirwayar ini ditawarkan pada harga RM1,199 untuk seunit.


Paling Popular