Google Assistant Kini Boleh Membaca Notifikasi Pengguna Dengan Set Fon Telinga Berwayar

Google Assistant Kini Boleh Membaca Notifikasi Pengguna Dengan Set Fon Telinga Berwayar

Diterbitkan pada Dis 4, 2020 oleh .

Google juga mempunyai fungi yang sama seperti Apple, iaitu pembantu digital boleh membaca mesej/notifikasi apabila menggunakan set fon telinga. Di Google, hanya barisan Pixel Buds, beberapa aksesori audio Bose dan Sony sahaja menyokong fungsi ini. Apple pula, Siri hanya menyokong barisan AirPods dan Powerbeats sahaja.

Terkini, meluaskan lagi fungsi ini adalah dengan memberi sokongan kepada set fon telinga berwayar pula. Google Assistant kini boleh membaca mesej atau notifikasi pengguna pada mana-mana set fon telingan berwayar USB-C atau bicu audio 3.5mm. Sama seperti Pixel Buds, Bose atau Sony – pengguna hanya perlu menekan butang pada set fon telinga masing-masing selama 2 saat untuk Google Assistant mula membaca mesej, kalendar, informasi penting lain.

Menurut 9to5Google, Google tidak mengumumkan fungsi ini secara rasmi lagi. Setakat ini kebanyakan set fon telinga boleh sahaja digunakan dan tidak tahu senarai lengkap set fon telinga mana yang boleh dan yang tidak boleh. Fungsi ini amat membantu jika pengguna sibuk untuk semak skrin peranti dan terus tekan butang untuk ketahui notifikasi terkini.


Paling Popular