Kilang Sony di Pulau Pinang kini dilaporkan akan tutup pada bulan September tahun hadapan. Kilang ini telah beroperasi sekitar 36 tahun, dan memfokuskan kepada pengeluaran produk audio.
Pada hari ini, seramai 1800 pekerja di kilang berkenaan adalah warga tempatan, dan baki 1600 adalah warga asing. Ia diperkatakan, sebahagian daripada pekerja yang terkesan ini akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi.
Buat masa ini, pihak Sony masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan penutupan ini. Menurut laporan awal, Sony dijangka akan menutupnya secara berperingkat, dan akan menutupnya sepenuhnya pada September akan datang.
Perubahan ini diperkatakan adalah sebahagian daripada plan untuk penstruktran semula Sony pada peringkat global.
Kilang Sony di Pulau Pinang memfokuskan kepada pengeluaran produk berkaitan audio, termasuk seperti Walkman sebelum ini.