Honor Watch GS Pro Camo Blue Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM999

Diterbitkan pada Dis 4, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Watch GS Pro merupakan peranti-boleh pakai terkini daripada Honor. Jam tangan pintar ini juga telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia sekitar September lalu dengan dua pilihan warna sedia ada iaitu Charcoal Black dan Marl White.

Namun begitu, kini anda mempunyai satu lagi alternatif warna lain lebih menarik menerusi pengenalan Honor Watch GS Pro Cemo Blue pula. Penawaran harga adalah masih sama iaitu RM999 untuk seunit. Bagi yang yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian Honor hari ini juga. Lebih menarik, setiap pembelian yang dibuat akan didatangkan dengan seunit Honor Sport Pro secara percuma.

Honor Watch GS Pro dilengkapi skrin 1.39-inch OLED, dijana cip Kirin A1 dan sistem operasi LiteOS. Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan menyokong sehingga 100 jenis mod sukan berbeza untuk kemudahan pengguna. Spesifikasi lain termasuk sokongan GPS/GLONASS dan bateri yang boleh bertahan sehingga 25 hari dalam mod asas atau sehingga 48 jam sekiranya GPS diaktifkan setiap masa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami