Bagaimana Mendengar Podcast Di Pelayar Web Chrome?

Bagaimana Mendengar Podcast Di Pelayar Web Chrome?

Diterbitkan pada Dis 4, 2020 oleh .

Podcast kini telah menjadi salah satu bentuk kandungan yang semakin popular dari hari ke hari. Pada peranti mudah-alih, terdapat sejumlah aplikasi yang memudahkan anda mendengar dan mengikuti podcast kegemaran anda. Tetapi bagaimana jikalau menggunakan desktop dan pelayar web.

Untuk pengguna Google Chrome, salah satu pemalam yang mungkin boleh membantu anda adalah Podstation.

Podstation merupakan sebuah pemalam percuma untuk Google Chrome. Anda boleh memasangnya melalui Google Chrome Webstore, dan seterusnya selesai pemasangan, anda akan dipersembahkan dengan sebuah halaman khusus.

Pada halaman berkenaan, anda boleh melakukan carian tajuk dan penerbit podcast, dan menambah ia ke senarai langganan. Anda juga turut boleh menetapkan untuk mendengar podcast dan mengikutinya ketika sedang melayari web dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pemalam Podstation untuk Chrome, dan mengikuti podcast kegemaran anda hari ini terus melalui pelayar web popular berkenaan.

Muat-Turun Podstation untuk Chrome



Paling Popular