OnePlus Mengacah Kehadiran OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada Dis 4, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus 8T adalah peranti mercu terbaru dari OnePlus. Ia hadir degan cip yang sama dengan OnePlus 8 dan 8 Pro, iaitu Snapdragon 865. Tetapi rekaan skrin adalah rata, menyokong kadar segar semula 120Hz, kamera 48MP dan hadir degan pengecasan pantas 65W.

Ketika pelancaran, peranti ini dilihat terhad dijual di China sahaja. Ini mungkin kerana lesen penggunaan nama Cyberpunk 2077 yang terhad. Tetapi terkini, OnePlus Malaysia dilihat mengacah kehadiran peranti ini untuk pasaran tempatan. Di laman Lazada rasmi mereka, OnePlus 12.12 Cyberpunk Mystery Box telah disenaraikan.

Dalam kotak misteri OnePlus Cyberpunk 2077 ini dilihat menyertakan baucar RM50 untuk kegunaan di OnePlus Flagship Store Lazada, OnePlus Buds (RM399) berwarna putih, pengecas Warp Charge 65W (RM199), OnePlus Bullets Type-C (RM99), kabel leper Warp Charge C-C (RM99) dan juga OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077.

Kotak misteri OnePlus ini dilihat sama seperti penawaran seakan pelancaran OnePlus Nord sebelum ini. Ia adalah sejenis kotak tikam, yang mana hadiah di dalam kotak ini adalah rawak. Kesemua barangan ini hanya ada 10 unit sahaja setiap satu. OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 mungkin tidak akan dijual dan hanyalah hadiah sahaja. OnePlus Malaysia juga dilihat menawarkan set China untuk hadiah ini.

Memandangkan judul di lama belian adalah OnePlus 12.12, ia mungkin akan mula mendedahkan harga pada 12 Disember kelak. Harga jualan bagi kotak misteri ini dilihat mungkin RM49 sahaja, seperti yang tertera di laman belian Lazada ini. Bagi yang berminat, nantikan tarikh ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami