HarukaEDU, DoctorOnCall & Simplify Memenangi NTT Startup Challenge 2020

HarukaEDU, DoctorOnCall & Simplify Memenangi NTT Startup Challenge 2020

Diterbitkan pada Dis 4, 2020 oleh .

Pertandingan NTT Startup Challenge yang dianjurkan syarikat telekomunikasi Jepun iaitu NTT sudahpun berakhir pada minggu lepas apabila 10 startup yang disenaraipendek melakukan pembentangan kepada panel hakim.

Startup pertama yang menjuarai kejohanan tahunan ini adalah HarukaEDU dari Indonesia. Mereka telah membentangkan teknologi pembelajaran atas talian memudahkan universiti, syarikat, dan sebarang institusi yang menawarkan pembelajaran tersebut.

Belajar: HarukaEDU

Tempat kedua dimenangi startup dari Malaysia iaitu DoctorOnCall. Mereka menawarkan akses kepada perubatan menerusi khidmat klinik dan farmasi atas talian. Rekod kesihatan tersedia memudahkan doktor memberikan nasihat dan memberikan maklumat ubatan yang akan dihantar ke rumah.

Jaga diri: Doctor On Call

Tempat ketiga dimenangi oleh Simplify yang membolehkan pemilik internet di rumah untuk berkongsi akses internet mereka kepada orang lain. Menggunakannya, pemilik internet jalur lebar boleh menetapkan penghala (router) di rumah mereka, dan pengguna lain yang ingin mengakses internet tersebut perlu membayar sebanyak RM 1 untuk setiap 1GB yang digunakan.

Daftar: Simplify

Kesemua pemenang ini akan menerima wang tunai USD 5,000 beserta jemputan has untuk bersama dengan rangkaian pelabur NTT Group yang membolehkan mereka menawarkan lagi perkhidmatan mereka kepada skala yang lebih besar.

Layari: NTT Startup Challenge 2020



Paling Popular