Intel Dilaporkan Akan Menggunakan Khidmat TSMC Untuk Membangunkan CPU Atom dan Xeon Akan Datang

Diterbitkan pada Dis 4, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel pada satu masa dahulu dikenali sebagai pembuat silikon dan cip pemprosesan yang terkemuka bukan sahaja kerana kualiti dan prestasi komponen-komponen mereka, tetapi juga kerana mereka membangunkan dan mengilangkan cip-cip pemprosesan mereka sendiri.

Walaupun begitu, Intel kini dilihat semakin mundur, dan telah mula menjual pelbagai pegangan kepada anak-anak syarikat dan IP kepada teknologi yang dibangunkan mereka.

Terkini, sebuah laporan daripada Tom’s Hardware mendapati bahawa Intel mempunyai pelan untuk menggunakan khidmat TSMC untuk membangunkan siri CPU Intel Atom dan Intel Xeon mereka.

Butiran ini dilihat melalui iklan kerja Intel dimana skop pekerjaan jurutera mempunyai butiran mengenai kerjasama dengan TSMC untuk membangunkan cip-cip pemprosesan mereka.

Buat masa ini, butiran lanjut seperti proses yang akan digunakan untuk membangunkan cip-cip pemprosesan ini (5nm, 7nm) masih tidak diketahui lagi, tetapi ia dijangka bahawa Intel akan akhirnya mula beralih daripada proses 14nm dan 10nm yang sudah digunakan oleh mereka setelah sekian lamanya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami