DxOMark sekali lagi mengemas kini laporan penanda aras mereka untuk kamera swafoto iPhone 12 Pro Max. Melaluinya, kita dapat lihat ia memiliki prestasi yang setanding dengan iPhone 12 Pro.

Di mana, peranti pintar ini mencatatkan markah keseluruhan sebanyak 98 mata. Melaluinya, ia dilihat berjaya mencatatkan sebanyak 101 mata untuk keupayaan fotografi. Sementara, 93 mata pula untuk keupayaan zum. Ini juga adalah kutipan yang sama diraih oleh iPhone 12 sebelum ini.
Pujian diberikan kepada penghasilan imej dengan perincian yang tepat, sistem imbangan putih yang konsisten dan hasil bokeh juga memuaskan. Kritikan pula diberikan pada hingar yang kelihatan pada latar belakang gambar dan dedahan terhadap cahaya yang kurang baik apabila flash diaktifkan.
Bagi yang berminat, iPhone 12 Pro Max kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM5,299 dengan tiga pilihan storan iaitu 128GB, 256GB dan 512GB.