Cari @ Amanz

Pada 2019 yang lepas, kita telah sedia melihat Sony menghentikan integrasi antara konsol permainan PlayStation 4 keluaran mereka ke platform sosial terkemuka Facebook.

Dengan penamatan integrasi berkenaan, ia tidak lagi membolehkan pengguna mencari rakan-rakan menggunakan akaun Facebook, disamping tidak lagi membenarkan pengguna untuk memuat-naik gambar dan video terus dari konsol ke Facebook.

Apa pun, kini, pengguna yang sedia membuat perkongsian gambar dan video ke akaun Facebook dari PlayStation 4 dilihat telah mula kehilangan kandungan yang telah dimuat-naik sebelum ini.

Daripada semakan kami sendiri, kandungan yang kami pernah kongsikan dari PlayStation 4 ke Facebook tidak lagi kelihatan pada profil kami.

Bagi anda sendiri, adakah anda pernah berkongsi kandungan dari PlayStation 4 ke Facebook? Adakah kandungan anda juga hilang?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd