Samsung kini dilaporkan mungkin memperkenalkan tiga telefon boleh-lipat pada tahun 2021 kelak.
Menurut laporan dari Korea Selatan, Samsung dijangka memperkenalkan tiga model telefon, iaitu Galaxy Z Flip 2, Galaxy Z Fold 3, dan juga Galaxy Z Fold Lite.
Samsung Galazy Z Flip 2 dijangka membawakan rekaan boleh katup – tetapi menyertakan skrin yang lebih besar pada bahagian luar berbanding versi awal tahun ini. Galaxy Z Flip 2 ini dijangka menyertakan skrin 6.7-inci boleh-lipat, selain skrin luar bersaiz 3-inci.
Untuk Galaxy Z Fold 3 pula, ia dijangka hadir dengan rekaan skrin 7-inci yang boleh-dilipat, selain skrin luar bersaiz 4-inci. Samsung dijangka akan melengkapkan telefon pintar ini dengan sokongan S-Pen, selain turut menyertakan penggunaan kamera dibawah skrin untuk swafoto.
Galaxy Z Fold Lite pula dijangka menawarkan penawaran saiz lebih kurang sama seperti Galaxy Z Fold 3, tetapi dengan harga lebih rendah serta beberapa pengurangan pada spesifikasi dan penawaran.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perancangan Samsung untuk tahun 2021, dan melihat apakah kejutan tambahan yang bakal dibawakan oleh gergasi Korea Selatan berkenaan.