Vivo Y20s Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899

Diterbitkan pada Dis 5, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo kini hadir dengan penawaran peranti pintar baharu untuk pasaran tempatan. Melaluinya, mereka telah memperkenalkan Vivo Y20s yang dilengkapi sejumlah spesifikasi menarik dalam kelas tersendiri. Ia termasuklah bateri besar dengan sokongan pengecasan pantas.

Bagi anda berminat, Vivo Y20s ditawarkan pada harga RM899. Pembelian boleh dibuat bermula hari ini menerusi kedai atas talian dan kedai konsep rasmi Vivo di seluruh Malaysia. Sebagai alternatif, anda juga boleh membelinya menerusi gedung membeli belah atas talian seperti Lazada dan Shopee.

Lebih menariknya lagi, setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM149 yang terdiri dengan jaminan pelindungan skrin dan lanjutan jaminan selama 1 tahun.

Untuk spesifikasi, Vivo Y20s dilengkapi paparan bersaiz 6.51-inci, cip Snapdragon 460, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Turut melengkapinya, bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 18W melalui sambungan mikroUSB. Sistem tri-kamera utama digunakan di sini dengan gabungan lensa 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel.

Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel yang diletakkan pada takuk panel hadapan. Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari sisi, sokongan Multi-Turbo 3.0 serta Ultra Game Mode, bluetooth 5.0 dan bicu audio 3.5mm.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami