Carian
Anda Boleh Membeli Siri iPhone 12 Pada 12.12 Dan Mendapatkan Pengecas 20W Percuma
December 5, 2020 Aman

Apple telah sedia menawarkan siri iPhone 12 di Malaysia sejak bulan November lepas, dan seperti ramai sedia maklum, siri peranti baru ini tidak lagi menyertakan sebarang kepala pengecas bersama-sama dengannya.

Perkara ini masih diperdebatkan ramai sama ada benar-benar membantu ekosistem dan persekitaran, atau sebaliknya. Apa pun, sekiranya anda berhasrat untuk mendapatkan siri iPhone 12 terbaru, kini pihak Lazada mengacah penawaran siri iPhone 12 dengan penawaran kepala pengecas percuma hanya pada 12.12.

Penawaran ini selari dengan promosi jualan penghujung tahun pada 12.12. Pengguna diberikan dengan pengecas percuma 20W – tetapi dengan kuantiti terhad.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan iPhone 12, mungkin boleh menantikan 12.12 ini, dan berjimat dalam mendapatkan pengecas untuk peranti berkenaan.

Komen