Carian
China Memperluaskan Projek Kawalan Cuaca – Boleh Menghasilkan Hujan Dan Salji Buatan
December 5, 2020 Aman

China kini mengumumkan mereka sedang memperluaskan projek kawalan cuaca tersendiri, dan dijangka projek berkenaan akan dapat meliputi separuh daripada negara berkenaan menjelang tahun 2025 kelak.

Melalui projek kawalan cuaca ini, ia membolehkan hujan dan salji buatan dilaksanakan. China menyasarkan untuk meliputi sekitar 56% kawasan permukaan negara tersebut menjelang 2025 dengan projek ini.

Pada hari ini, kita sedia melihat pelbagai projek pembenihan awal dilaksanakan oleh sejumlah negara di dunia. Tetapi, projek yang dilaksanakan oleh China ini dikawal pada kapasiti lebih tinggi. China turut menyasarkan menjelang 2035 kelak, projek kawalan cuaca ini akan pada peringkat lebih tinggi dari segi operasi, perkhidmatan dan juga teknologi.

China menyasarkan penggunaan kaedah pembenihan awan ini dalam menghasilkan keadaan cuaca yang baik untuk pertanian, dan mengelak sebarang bencana alam.

Komen