Cari @ Amanz

Touch ’n Go eWallet kini dalam usaha untuk menarik lebih ramai kedai kecil, mahupun individu untuk menggunakan sokongan dompet digital mereka untuk menerima bayaran secara nirtunai.

Selain mendekat pekedai untuk menyertai platform nirtunai mereka, kini Touch ’n Go turut telah mula menawarkan pautan ringkas dalam memudahkan para pemilik kedai – walaupun kedai di Instagram dan Facebook untuk mendaftar akaun, dan menerima bayaran melalui platform mereka.

Touch n Go eWallet dilihat memudahkan proses ini dengan hanya memerlukan penyata bank dan juga gambar perniagaan untuk peniaga individu – dan akaun boleh didaftarkan terus melalui aplikasi dompet digital berkenaan.

Sebaik sahaja selesai mendaftar dan akaun anda disahkan, anda boleh mula menerima pembayaran melalui dompet digital berkenaan yang digunakan lebih 15 juta rakyat Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd