Telefon Samsung 2021 Mungkin Tidak Menyokong Jam Tangan Samsung Gear Yang Lama

Diterbitkan pada Dis 6, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung sedia menawarkan peranti boleh-pakai untuk sekian lama. Sebelum ini, Samsung sedia menawarkan ia dibawah keluarga Gear. Kini, hadir beberapa laporan baru, mengatakan Samsung mungkn tidak akan menyertakan sokongan untuk beberapa jam tangan Gear melalui telefon keluaran tahun 2021 kelak.

Melalui notifikasi yang hadir ke aplikasi Samsung Members, ia dilaporkan Samsung tidak akan menyokong lagi jam tangan Gear, Gear 2, Gear 2 Neo, Gear S dan juga Gear Fit melalui telefon keluaran tahun 2021 kelak.

Apa pun, pengguna telefon Samsung keluaran tahun ini dan sebelumnya dijangka akan dapat terus menggunakannya tanpa masalah.

Perkara ini mungkin sedia dijangka ramai, memandangkan beberapa peranti yang akan ditamatkan adalah versi lama, dan tidak lagi dijual meluas di pasaran hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami