Apple Bakal Hadir Dengan MacBook Berwarna Hitam Kusam?

Diterbitkan pada Dis 6, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini telah memfailkan sebuah paten baharu, memperlihatkan mereka sedang bereksperimen dengan penggunaan warna  hitam kusam pada peranti keluaran mereka seperti MacBook, iPhone, iPad dan lain-lain.

Melalui apa yang difailkan, Apple menggunakan lapisan teranod untuk mencapai warna hitam kusam. 

Ia diperkatakan yang mana warna hitam adalah sangat sukar dicapai, dan kebanyakkan di pasaran adalah produk berwarna kelabu gelap atau biru gelap. Pada masa yang saa, sekiranya membuat warna hitam, ia lebih kepada berbentuk lapisan yang memantul cahaya, atau berbentuk “licin”. Warna hitam kusam pada produk, terutamanya berasaskan aluminium, besi atau titanium adalah sukar.

Buat masa ini, Apple masih tidak pernah menawarkan warna hitam kusam pada MacBook, dan semestinya penawaran komputer riba dengan warna ini akan mencuri perhatian ramai dan ingin mendapatkannya.

Apple sekadar memfailkan paten sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan direalisasikan atau sebaliknya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami