Carian
Oppo Mempatenkan Telefon Dengan Bahagian Kamera Yang Boleh Ditanggalkan
December 6, 2020 Aman

Beberapa bulan lepas, kita telah melihat Vivo mempertontonkan rekaan kamera swafoto yang boleh ditanggalkan menjadi kamera aksi. Kini, selain Vivo, Oppo turut bereksperimen dengan ciri lebih kurang sama, tetapi untuk bahagian kamera belakang.

Melalui paten yang difailkan, ia membolehkan pengguna menanggalkan bahagian kamera belakang, dan merakamkan gambar daripada pelbagai sudut yang lebih baik dan berbeza.

Menariknya juga, bahagian kamera berkenaan dilihat turut dilengkapi dengan sambungan berasaskan USB-C, NFC, Wifi dan Bluetooth. Ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan membolehkan pengguna menaik-taraf sokongan kamera sahaja pada masa akan datang atau sebaliknya.

Buat masa ini, ia sekadar pemfailan paten sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada Oppo akan memasarkan peranti ini atau sebaliknya.

Komen