Cari @ Amanz

Dalam diam-diam, Oppo dilihat telah memperkenalkan sebuah lagi peranti pintar untuk pasaran tempatan. Dikenali sebagai Oppo A15, ia merupakan sebuah peranti kelas permulaan dan dilihat hadir dengan penawaran pada harga yang mampu milik.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM499 untuk seunit. Ia boleh didapati menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai atas talian Oppo. Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Dynamic Black dan Fancy White.

Untuk spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.52-inci LCD HD+, dilengkapi cip MediaTek Helio P35, memori 3GB RAM (LPDDR4x), storan 32GB dan bateri 4230mAh. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel (utama) (f/2.2) + 2-Megapixel (Makro) (f/2.4) + 2-Megapixel (kedalaman) (f/2.4), sementara kamera hadapan pula 8-Megapixel (f/2.0).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd