Oppo Mempatenkan Telefon Skrin Boleh-Lipat Seakan Surface Duo

Diterbitkan pada Dis 7, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Secara lazimnya Oppo mengikut trend semasa dan memasarkan peranti berinovasi dengan pantas. Tetapi sehingga kini mereka masih belum berani mengeluarkan telefon skrin boleh-lipat pertama mereka walaupun prototaip telah diperlihatkan tiga tahun lalu. Penantian mungkin berakhir tahun hadapan selepas sebuah paten yang difailkan oleh Oppo dengan rekaan hibrid sebuah Surface Duo dan Z Flip.

Peranti ini bersaiz kompak dengan rekaan cangkerang seperti Z Flip. Skrin boleh-lipat diletakkan pada bahagian dalam tetapi tiada skrin sekunder pada bahagian luar seperti Surface Duo. Rekaan mekanisme lipat diterangkan dengan secara terperinci memberikan petanda ini ialah produk yang mungkin akan dipasarkan kepada umum.

Paten tidak menunjukkan jumlah kamera yang akan digunakan. Setakat ini peranti skrin boleh-lipat kompak hanya menyokong dwi-kamera utama sahaja. Pada tahun 2021, Oppo pastinya akan menggandakan usaha mereka keran kini tersenarai sebagai antara lima syarikat pengeluar terbesar dunia. Buta O-Fans, adalah anda kini teruja untuk membeli peranti skrin boleh-lipat pertama Oppo?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami