Huawei Mate40 Pro Berharga RM4299 Di Malaysia – Ditawarkan Bermula 12.12

Diterbitkan pada Dis 7, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Malaysia kini telah mengumumkan penawaran Huawei Mate40 Pro untuk pasaran tempatan. Di Malaysia, ia akan ditawarkan bermula 12 Disember 2020 ini, pada harga RM4299.

Huawei Mate 40 Pro 5G hadir dengan skrin 6.76-inci OLED dilengkapi sokongan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Kirin 9000, memori 8GB RAM, dan storan 256GB

Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 20MP (sudut ultra-lebar) + 12MP (telefoto) + sensor lazer autofokus. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan lensa 13MP.

Pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri berkapasiti 4400mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Untuk para pembeli awal, pihak Huawei turut menyediakan sejumlah ganjaran dan hadiah percuma.

Antaranya adalah Huawei Sound X (terhad sebanyak 1000 unit), akses Huawei Video bernilai RM33, akses kepada Huawei Book, rebat 50% untuk Huawei Pay bernilai RM100,  akses kepada Huawei Member Center, rebat Huawei AppGallery sebanyak 20%, dan juga storan awan 50GB.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar mercu terbaru Huawei ini bermula 12.12 ini pada harga RM4299.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami